untitled
viviti

JADUAL PUSAT ICT

Kelas Komputer yang sedang dijalankan sekarang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Sabri. Harap maklum

SUDAHKAH ANDA MENJADI AHLI PERSATUAN PENDUDUK?

Yuran tahunan RM 12.00 setahun...

Dapatkan segera borankeahlian dari Pengerusi Persatuan atau melalui Ketua-Ketua Blok.

PELUANG BERSUKARELA DENGAN SALAM

Sila layari laman web SALAM... www.salam.org.my

atau boleh menelefon 03 - 7958 4021

 

Mengenali Pangsapuri PKNS,Seri Kembangan

Ianya terletak di kawasan seluas 22 ekar dengan dibangunkan sejumlah 18 buah blok oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNSdi Jalan 7/iaitu berhadapan dengan Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya.Kawasan perumahan ini didiami oleh pelbagai kaum/etnik yang bekerja di sini/sekitar Lembah Klang mahupun yang belajar di UPM/UKM. Anggaran jumlah penduduk ialah lebih kurang 4,000 ribu orang.

Di sini terdapat sebuah surau (Surau Al-Yaqeen), sebuah dewan orang ramai (Dewan Persatuan Penduduk), sebuah Tabika (TABIKA KEMAS), sebuah Pusat ICT dan juga tapak permainan kanak-kanak.Sederatan kedai di Jalan 7/2 juga mempunyai kemudahan seperti  kedai runcit, restoran, pusat siber/internet, klinik,pusat snooker,gedai gunting,7 Eleven, pusat tuisyen dan lain-lain lagi.

Badan bukan kerajaan(NGO) yang aktif di sini ialah Kawaran Rukun Tetangga(KRT), Persatuan Penduduk Pangsapuri PKNS dan  Surau Al-Yaqeen termasuk sayap wanita dan pemudanya.

Pengerusi KRT dan juga merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk ialah Kapten(B) Samsudin bin Daud yang kini menetap di alamat No. 101,Blok 10. Manakala Setiausaha KRT ialah Sdra Mohd Sabri Yusof, Bendahari-Sdra Razak Md Radzali. En Mohd Shah Swarudi pula merupakan Pengerusi Surau Al-Yaqeen manakala SdrAminuridin Ahmad selaku Setiausahanya.

Baru-baru ini pada 18 sep 2004 yang lalu, KRT telah mengadakan Hari Mesra Komuniti yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohamad Satim Diman (Timbalan Speaker Undangan Negeri Selangor merangkap ADUN Kawasan Seri Serdang). Pelbagai aktiviti/program telah diadakan sempena Hari Mesra Komuniti di antaranya peraduan melukis & mewarna kanak-kanak Tadika/ pelajar Sekolah rendah, pertandingan catur dan dam remaja, cabutan tiket bertuah, teka biji betik, gotong royong (diikuti bersama oleh belia Jepun), pelancaran Skim Rondaan Sukarela(SRS) KRT, pameran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dan Bahagian Kesihatan MPSJ.

Untuk makluman anda semua, pihak KRT kini sedang mendaftar nama warga Pangsapuri PKNS yang berumur 21 tahun ke atas (lelaki sahaja) tidak kira apa juga bangsa yang sudi/ingin secara sukarela untuk menyertai skim ini. Sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Setiausaha KRT atau Ketua Unit Keselamatan Pangsapuri (Mej Adzahar Hamdan TUDM) atau En Ahmad Basri (Ketua Biro Keselamatan KRT) pada bila-bila masa bagi sama-sama membantu membenteras jenayah dan juga pihak Polis.

  

SELAMAT BERPUASA DAN MENGIMARAHKAN RAMADHAN AL-MUBARAH

Kami dari Jawatankuasa KRT, Persatuan Penduduk dan Surau Al-Yaqeen dengan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga Pangsapuri PKNS yang dijangkakan pada 15 Okt 2004 yang akan datang. Jangan lupa perbanyakkan amal ibadat serta sedekah jarian dalam bulan yang mulia ini dan imarahkanlah surau kita.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This Website Built and Hosted for Free at Bravenet.com

Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com